boosquibbles.
aku,kau dan muzikal #1..
Monday, December 13, 2010 ? 0 squibbles
Bab 1 ‘hari pertama sekolah
Mmm..segarnya udara pagi ini,Eh ! sudah 6:45,aku sudah lambat ke sekolah ni’.Aied tergesa-gesa menyarungkan beg sandangnya ke bahu. Papa! aied pergi dulu ya?’ sementara itu dia mencium kedua belah tangan Pakcik Mazlan ayah kepada aied.
‘Ah! sudah lambat ini macam mana aku boleh lambat hari ini? minta-mintalah tidak dikenakan kad disiplin.’Dengan bergaya aied mengayuh basikal ke sekolah, aied yang memiliki paras rupa yang tampan sememangnya menjadi rebutan ramai anak-anak gadis zaman sekarang.
kkringggg !!!!’ loceng persekolahan sudah berbunyi menandakan siap sedia untuk ke kelas dan belajar.Aied dengan pantasnya mengunci basikalnya dengan berhati-hati.
‘Assalammualaikum dan Salam sejahtera pelajar sekalian,tahniah kerana kamu semua dapat menhadirkan diri semula ke sekolah setelah cuti penggal pertama persekolahan .......’   ucapan dari Pengetua Sekolah Menengah SAMURA.
Sebelum ini aied bersekolah di Kuala Lumpur dan berpindah di sebabakan ayahnya Pakcik Mazlan ditukarkan ke Johor Baharu. ‘Baiklah pelajar,saya guru kelas kamu 4.1 Cikgu Daniel.’ Cikgu Daniel megenalkan dirinya kepada murid-murid kelas 4.1. ‘Cikgu difahamkan bahawa ada pelajar baru di kelas kita,setelah seminggu kita bercuti.’Aied dengan perasaan malu melangkah masuk ke kelas tersebut.
‘Nama saya Syahied Iskandar bin Mazlan.’Aied memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan baru dikelas itu. ‘Baiklah syahied ,kamu boleh duduk disebelah Faiz.’ Beritahu Cikgu Daniel kepada Aied.
‘Saya Faiz, Syed Faiz bin Syed Harun’. Aied dan Faiz berjabat tangan memperkenalkan diri masing-masing. ‘Baiklah pelajar tolong buka buku teks Bahasa Melayu ....’.
Waktu berjalan sehingga Aied tidak perasan bahawa sudah masa untuk rehat.Aied dan Faiz melangkah menuju ke kantin sekolah. ‘Mmm, Aied saya nak tanya sesuatu boleh tak?’ Faiz dengan penuh misteri ingin menayakan sesuatu kepada Aied. ‘Apa yang penting sangat ni ? ’ jawab Aied dengan selamba sambil menyedut air minumannya. ‘Saya perhatikan ramai budak perempuan melihat awak dari tadi,termasuk ketua homegirl.’
Aied hanya mampu tersenyum,dengan pertanyaan Faiz itu.
Waktu rehat telah pun berakhir,semua pelajar kembali ke kelas masing-masing untuk menyambungkan pembelajaran.Aied memberikan sepenuh perhatiannya ketika belajar.
 ‘Eh! Faiz aku hendak tanya sesuatu ni’,Aied memecahkan kesunyian antara mereka berdua,Faiz yang kelihatan  memeberikan perhatian ketika belajar,hanyut dengan pertanyaan Aied. ‘Apa?’ balas Faiz.
‘Siapa ketua homegirl yang kau cakap dekat kantin tadi?’pertanyaan Aied dengan rasa ingin tahu. ‘Oh! Ketua homegirl,kenapa nak tahu?’ balas Faiz dengan menyoal semula Aied,sambung Faiz lagi , ‘sebenarnya kita tidak boleh bincangnya sekarang sebab orang yang kau hendak tahu itu ada dibelakang kau!’.
Aied segara menoleh ke belakang,dan.. ‘Ya ALLAH !,cantiknya dia,sempurna! Putih,lembut...’Aied megomel sendiri di hati kecilnya. ‘Syahied Iskandar bin Mazlan !! Apa yang kamu tengok tu !’ teriak Cikgu Baiti,guru matapelajaran Bahasa Inggeris.Aied segera menoleh ke hadapan,dan meminta maaf kepada Cikgu Baiti tersebut.
Semua pelajar dalam kelas hanya ketawa sinis kepada Aied,termasuk ketua homegirl tersebut. ‘Siapa agaknya nama dia?’minda Aied terus memikirkan ketua homegirl itu.


Bersambung...

Labels:





| Newer Post