boosquibbles.
aku,kau dan muzikal #1.. episode2
Wednesday, February 2, 2011 ? 0 squibbles

Bab2` kisah kita
Aied baring di atas sofa,hayal memikirkan masa hadapannya. Semakin jauh dia berhayal,akhirnya berakhir dengan sapaan ayahnya,En.Mazlan. ‘hai Aied,jauhnya termenung? Fikirkan teman wanita ke?’ sapaan dengan gurau En.Mazlan, ‘ish ! Papa ni.Aied tengah fikir masa depan lah,tak ada masa Aied untuk bercinta,tapi....kalau di izinkan,Aied tak nak lah menolak.hehehehe.’balas Aied dengan spontan. ‘ish! Kamu ni,jangan beranganlah,belajar dulu,Papa tak mahu kamu ‘hanyut’ dalam cinta monyet,papa bukan tak kasi Aied bercinta boleh tu boleh tapi lepas belajar okey Aied !.’balas En.Mazlan dengan penuh nasihat.

Petang tu,En.Mazlan telah mendapat satu khidmat pesanan ringkas(sms), mukanya berubah kegembiraan. ‘hai,papa senyum melebar?’ tegur Aied yang kehairanan. ‘ish ! Aied ni, ni hah Abiq sms kat papa’ balas En.Mazlan ‘ABIQ !?’ Aied terus terperanjat!!

 ‘salam,papa apa kahabar? Abiq kat sini sihat papa dan Aied sihat? Abiq minggu depan dah balik Malaysia..papa boleh ambil Abiq kat Lt.S.I ..?’ En.Mazlan masih teringatkan sms yang dihantar oleh Abiq,hatinya tidak sabar menunggu kepulangan Abiq yang jauh dari pangkuannya.Sejak becerai Abiq yang duduk diluar negara bersama ibunya,tidak pernah balik ke Malaysia bila nak berhubung masing-masing hanya menggunakan alat komunikasi seperti telefon bimbit ataupun internet.

Bangun kelas ... selamat pagi cikgu!’ kedengaran suara segar pagi 4.1 bergema memberi selamat kepada Cikgu Hairul guru mata pelajaran Sejarah,guru yang berasal dari Kelantan itu sememangnya terkenal dengan ketampanan nya, hampir semua warga sekolah senang dengan beliau. ‘Baiklah kelas semalam kita sudah habis tentang asal usul Tamadun Mesopotamia, sekarang saya akan edarkan kertas dan jawab!’ seraya Cikgu Hairul dalam kelasnya.Serentak menjawab ‘baikk cikguu...!’ .

Setelah pulang bersarapan dari kedai mamak berhampiran, hati En.Mazlan mula rasa resah setelah hampir setahun dia hanya menikmati sarapan di kedai mamak,maklumlah telah 3 tahun menduda. ‘hai, jawabnya aku kena cari pengganti ni,kalau tidak habis pokai duit aku tiap-tiap pagi’ keluh En.Mazlan didalam kereta Personanya.Dia menghidupkan ejin kereta lalu melihat cermin pandang belakangnya,dan terus beredar dari situ.Dalam perjalanan dia hanya melayan lagu yang didedangkan di radio.Hatinya memang terasa sunyi walaupun mempunyai Aied sebagai teman,dan tempat dia suka dan duka.Bagi mengelakkan fikiran nya bercelaru dia telah singgah di pusat membeli-belah, membeli-belah adalah hobinya.Jangan ingat hobi ni hanya untuk wanita sahaja.

Syahied ! Syahied !’ kedengaran suara seorang permpuan memanggil Aied, lalu dia menoleh dan mencari-cari suara didalam kesesakan pelajar hendak membeli makanan. ‘Pap !’ satu tangan telah hinggap ke atas bahunya. ‘huh ! penat saya panggil awak,ni saya nak sampaikan pesan Cikgu Hairul, dia hendak berjumpa dengan awak balik nanti.’sergah Hajar penolong kelas 4.1. ‘Terima kasihlah Hajar, kesian awak panggil saya sampai berpeluh-peluh,nanti saya akan jumpa dengan Cikgu Hairul.’ Balas Aied sambil menguntumkan senyuman yang menawan pada Hajar, hampir berdegup laju jantung Hajar membalas balik senyumannya.

 ‘Faiz ,balik nanti kau sibuk tak?,kalau tak, aku ingat nak suruh kau temankan aku jumpa Cikgu Hairul,bole?’ Aied meminta kebenaran dengan manja, ‘ish kau ni! Nak jumpa Cikgu pun takut ke? aku,aku sibuk nak kene balik cepat ni,nanti mak aku bising pula.’ Helah Faiz untuk mengelakkan diri,supaya dia tidak terlepas menonton rancangan kegemarannya wonder pet`s.hmmm, tidak apa lah,balik lah dulu bye~!

Jam menunjukkan pukul 1:35, sekejap En.Mazlan menjegah di tingkap kalau-kalau Aied sudah pulang,risau hatinya sehingga tidak menjamah nasi yang terhidang.Sementara itu Aied masih menunggu Cikgu Hairul di luar bilik guru, ‘Ish mana pula Cikgu Hairul ni,mesti papa sedang menunggu aku dirumah,mungkin Cikgu Hairul masih ada kelas lagi ke?’ risau dan gundah hatinya menunggu.tiba-tiba Aied tersentap apabila melihat Cikgu Hairul, ‘hah! Sampai pun, eh siapa panggil Cikgu Hairul tu,aduh melambatkan masa betul lah.’kemaraan Aied sambil perutnya berbunyi ‘Aied lama menunggu? Jom masuk.’ Pelawa Cikgu Hairul.

 ‘tutt..tutt..tutt...’ berdering telefon bimbit En.Mazlan. ‘papa? Busy? Abiq baru sahaja sampai di airpot ni,papa nak Aidit naik teksi ke papa amik?’ pesanan ringkas dari Abiq.Siapa Abiq? Nama penuhnya Syabiq Iskandar bin Mazlan, abang kembar kepada Aied.Setelah seminggu menunggu akhirnya Abiq sudi melawat ayahnya di Johor Bahru.

Bersambung.......

Labels:





Older Post | Newer Post